Great souls endure in silence

~00~Learn to get in touch with the silence within yourself and know that everything in this life has a purpose~00~

Followers

Friday, January 4, 2013

citerr sket

yeayy...sudah dapat kad siswa. tapi tak tahu nak guna untuk apa lak.hmmm.dengar-dengar kfc je la yang paling dekat dengan aku sekarang.esok boleh try guna lah.tengok berbaloi ke tak.untuk kedai-kedai buku,rasanya kat tempat aku ni, tak ada sangat la kedai buku yang dalam senarai diskaun tu.shame betol lah !!! MPH..dah kelantan ni corok mana lah MPH nya.daripada buat bangunan tinggi-tinggi, pastu terbiar je tak ada orang guna.baik la bikin MPH satu.

pasal rebate pulak,aku sudah daftar semalam.dapat ke tak..lantak lah.janji cuba kan.wang ehsan yang rm800 tu pun aku seorang je tak dapat lagi.kawan-kawan yang lain semua dapat, dah habis dah pun.nasib la ;(

minggu pertama kuliah dah berakhir.setakat ini, ok la.aku rasa sem ni ada subjek yang susah yang perlu belajar bersungguh-sungguh dan ada subjek yang so-so la.kira boleh main-main sikit la (ahahhahhahahha kepala hotakkk kau main-main)

kerja rumah boleh tahan gak maju sem ni.minggu pertama sudah ada 2 subjek yang suruh buat research or ISL.maklum la pensyarah phd a.k.a DR yang mengajar.jadi 'skema' sikit la.yang aku tak sabar subjek olahraga.aku suka bab-bab sukan ni.outdoor kan,tak ada la nak duduk atas kerusi dalam kelas, pandang papan putih je.agak boring di situ.haha.olahraga boleh main-main di padang.tambah pula,kelas akan gabung dengan kelas lain.yeayyy jumpa geng laa !!! tapi satu je aku tak suka.. PANASSS MATAHARI !! yang tu memang aku tak tahan la.haha sengek

2 comments:

Cik Aifa said...

weyy.. aku pun xdpt ag wang ehsan...huk3.. dah setahun aku tggu panggilan dia...

mE iS aS said...

supo laa....kubaaa laa..bkpo jd ko kito.sie ko kito.waaaa