Great souls endure in silence

~00~Learn to get in touch with the silence within yourself and know that everything in this life has a purpose~00~

Followers

Thursday, January 31, 2013

trip bajet ke CH

weeee..akhirnya sampai juga aku di Cameron Highlands ni.maklum laa last aku sampai CH ni time sekolah rendah kot.(ok sila booooo sy).lama dah sebenarnya aku teringin nak pegi CH ni.plan punya plan,tak jadi.selalu macam tu la.benda yang kita rancang selalunya tak jadi kan.sebab itu lah kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukannya.so terima dengan reda.

tapi 24Jan lepas,tiba-tiba terjadi lah plan ke CH ni.kami pegi berlima.macam mana boleh sampai ke CH??
ceritanya bermula begini (mood flashback)....

si budak zaem ni duk cakap-cakap pasal sungai palas daun palas kejadahnya.katanya tempat lawa glerr,tempat OR (ombak rindu) shooting situ.aku ni ibarat tepuk sebelah tangan tak berbunyi..errr macam xmasuk kan peribahasa tu..refresh balik.haaa..macam katak di bawah tempurung.boleh la kan.tak tahu menahu la plak OR OR ni..KFC OR tahu laa..hehe

so aku pun berseloroh je la..jom r p sg palas kau tu..pastu decide punya decide.orait.jie and fara join skali.lagi la melompat aku.kitorg last confirm pagi khamis 24Jan tu r.giler x.haha.sebelum tu berkali-kali diingatkan yang trip ni ialah TRIP BAJET.so harusla bajet dalam segala hal kan.habis kelas pukul 1.30petang.balik hostel,bersiap bagai.

dalam pukul 3petang,kami memulakan perjalanan.nak dipendekkan ceritanya,sepanjang perjalanan tu happening glerrr..kereta bergelegak dengan bingitan suara-suara radio buruk.bayangkan laa lima orang kepala giler-giler bergabung lalu membentuk sebuah team.yang dipanggil teamstrowberi.haha.tagline kami "cter sini habis sini rr".dengan lagu temanya 'asalkan aku okey'.

sampai di puncak CH dalam 7.00 malam.pegi dinner dulu.cuaca hujan renyai-renyai dengan angin kuat weyy.haha.dapat la berangan duk korea kan.nak dijadikan cerita,aku ni tak bawa sweater pun sebab bajet mampu bertahan kan.tatkala angin bertiup kencang melanggar aku,dapat rasa wooo hingga ke tulang dingin angin tu.pastu,kitorg check-in kat netasha hotel.girls ambik bilik harga rm50 je (name lg bajet kan).guys ambik yang rm30 (bajet glerr neh).setel sume,turun pegi jalan-jalan ambik angin malam lak...ZZZzzzz

25Jan, pagi jumaat,pukul 7.00pagi.check-out.singgah taman pertabalan kt tanah rata.sesi photoshoot mengambil tempat.basically memang hari tuk berposing-posing pun.semua gambar diambil oleh poyografer kami y rasmi iaitu zahar the oldskool.hari tu jugak lah hari tuk pegi tempat-tempat menarik kira macam must-visited places to go bila kt CH r.kami pegi sg palas (lokasi UTAMA @ main purpose trip ni),cactuspoint dan kea farm.senang dan jimat masa sebab dekat kea farm semua benda dah ada kt situ.so tak payah nak berhenti banyak kali.strowberi pun ada.

masa pun berlalu,pukul 2petang gerak balik.dalam perjalanan,drop zaem si gedik ni kt gua musang.gedik sangat nak balik rumah dia,KL (kuala lipis okey).tinggal lah kami berempat.perjalanan harus diteruskan.radio buruk pun berfungsi seperti biasa.sampai maktab pukul 7malam.anyeogaseyo !

perbelanjaan trip bajet ke CH 2D1M (part aku la)

#minyak kete                     : RM20 seorang (RM100/5)
#hotel                                : RM16.70 (RM50/3)
#makan-makan                  : RM16 merangkumi RM4.00(dinner 1st), RM5.00(breakfast),RM7(dinner 2nd)
#tea and cake dkt sg palas : RM6 (bajet nk rase mcm retiss kan mkn kt situ)
#shopping kt kea farm        : RM15 (sayur utk ma and strowberi utk classmates)
#cactuspoint                       : RM3
TOTAL : RM 76.60 (kira RM80 laa)

rasanya aku yang paling bajet ni compare dengan empat orang lagi tu.hahhaha..



lampiran 






kesimpulannya
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
EXPECT THE UNEXPECTED !

Friday, January 4, 2013

"Awesome Photo Contest by Shadhira"




yang basic tu sila klik banner di atas okey

yang penting:
senang je, hanya perlu 
Letak SATU gambar milik korang yang Owesome bertemakan FRIENDSHIP
wow senang kan kan kan
pastu
Letak SATU Quote/Tagline dekat gambar tu ataupun letak je dekat caption
bawah gambar tue, contohnya, 'Saya sayang kawan saya', 'I love my friend'.
( Eng or Malay xkisah).


so,cari satu gambar yang ohsem..errr..ada ke??


ni yang menjadi pilihan hatiku.
sepetang bersama BFF.


citerr sket

yeayy...sudah dapat kad siswa. tapi tak tahu nak guna untuk apa lak.hmmm.dengar-dengar kfc je la yang paling dekat dengan aku sekarang.esok boleh try guna lah.tengok berbaloi ke tak.untuk kedai-kedai buku,rasanya kat tempat aku ni, tak ada sangat la kedai buku yang dalam senarai diskaun tu.shame betol lah !!! MPH..dah kelantan ni corok mana lah MPH nya.daripada buat bangunan tinggi-tinggi, pastu terbiar je tak ada orang guna.baik la bikin MPH satu.

pasal rebate pulak,aku sudah daftar semalam.dapat ke tak..lantak lah.janji cuba kan.wang ehsan yang rm800 tu pun aku seorang je tak dapat lagi.kawan-kawan yang lain semua dapat, dah habis dah pun.nasib la ;(

minggu pertama kuliah dah berakhir.setakat ini, ok la.aku rasa sem ni ada subjek yang susah yang perlu belajar bersungguh-sungguh dan ada subjek yang so-so la.kira boleh main-main sikit la (ahahhahhahahha kepala hotakkk kau main-main)

kerja rumah boleh tahan gak maju sem ni.minggu pertama sudah ada 2 subjek yang suruh buat research or ISL.maklum la pensyarah phd a.k.a DR yang mengajar.jadi 'skema' sikit la.yang aku tak sabar subjek olahraga.aku suka bab-bab sukan ni.outdoor kan,tak ada la nak duduk atas kerusi dalam kelas, pandang papan putih je.agak boring di situ.haha.olahraga boleh main-main di padang.tambah pula,kelas akan gabung dengan kelas lain.yeayyy jumpa geng laa !!! tapi satu je aku tak suka.. PANASSS MATAHARI !! yang tu memang aku tak tahan la.haha sengek

Wednesday, January 2, 2013

2013 !!

HAPPY NEW YEAR 2013 !

and 5th semester, here i come..be nice ok. i hope we'll have happy moments together. 
ke manakah hala tuju sem ini ?

uss, legoland..haha





Tuesday, January 1, 2013

wondeful 2012

2012 meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan peristiwa.

kenangan manis disimpan di dalam hati. kenangan pahit dibuang jauh-jauh.

ibarat kata pepatah, barang yang lepas usah dikenang. haha

jadi, kalau nak diceritakan apa yang berlaku sepanjang 2012 ini, memang aku pun tak ingat la. haha. sedikit sebanyak boleh la yang mana aku ingat.

1) cerita BIG (bina insan guru) semester 4. di kampung felda belara, KT. mostly, buat aktiviti kemasyarakatan la. malas nak taip, layan gambar je la. bab kata mat salleh, a picture can tell thousand stories kan. entah betul entah tak. AAK !




2) cerita KAGUM. yang ni kira pencapaian aku yang paling membanggakan la. ceycey. lagipun sijil mahal la. wakil IPG aku ke peringkat kebangsaan dalam unit beruniform. terima kasih kepada zahraa kerana sebab dia lah aku dapat pergi. sebenarnya aku hanya mengantikan tempat dia, sebab dia tak nak pergi, jadi aku apa lagi, lantas ambil peluang keemasan ini. haha. fyi, kesemua IPG yang terdapat di Malaysia semua terlibat dan tuan rumah pada tahun tu Perlis. so, bercuti ke perlis la aku. haha

rakan khemah aku terdiri daripada IPG KB, IPG PP dan IPG Kent - memang happening gila !

kontinjen PPK seluruh IPG Malaysia